Latihan Kebakaran PI1M Zon Miri

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2018 yang lalu, PI1M zon Miri dengan kerjasama daripada Bomba dan penyelamat Miri telah mengadakan latihan kebakaran yang bertempat di perkarangan PI1M kg. Luak. Latihan kebakaran ini akan diadakan setiap tahun bertujuan untuk memastikan staf PI1M dan komuniti tahu menggunakan alat pemadam api seterusnya memberi latihan dan asas langkah-langkah jika menghadapi situasi kebakaran dan kecemasan.

Staf PI1M dan komuniti juga boleh menambah pengetahuan akan langkah mencegah kebakaran serta cara mengawal kebakaran daripada merebak. Selain itu, staf PI1M juga berkongsi maklumat advokasi bersama komuniti setempat dan pihak bomba.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali